Fasirkah anda, Bahasa Malaysia?

Wahai kawan kawan ku,

Setelah lima tahun menuntut perlajaran dalam Bahasa Melaysia, adakah anda masih ingat bagaimana mengarang dalam bahasa? Kebanyakan kawanku telah lupa apa yang mereka pelajari dua tahun lalu, bahkan yang sudah menjadi "kisah silam" - mengarang dalam Bahasa. Mungkin ini hanya berlaku bagi sahabat Indo ku.

Kebelakangan ini, telah berapa kali aku ditanya mengapakah kenyataaan 'status' facebook aku dicatat dalam bahasa. Selain dari tujuan mengejutkan kawan-kawan sedarjah masa sekolah menengah, ia juga untuk latihan saya mengarang dalam BM. Anehkan? Seorang yang berbangsa Tiong Hua, tiba-tiba gemar akan bahasa lain? Aku mengakui Bahasa Malaysia ini sememangnya berasal dari Bahasa Melayu, tetapi ia telah mengubah identiti dan bergabung dengan bahasa lain, menjadi Bahasa Melaysia yang unik. Banyak perkataan atau ayat dalam Bahasa sememangnya bahasa "pinjaman". Konnonnya ,perkataan seperti "identiti" dan "unik" adalah pinjaman dari Bahasa Inggeris. Bahasa Tiong Hua yang digunakan dalam masyarakat ("masyarakat" - pinjaman dari Bahasa Arab) pula merupakan gabungan bahasa tempatan. Cuba tanya mereka yang berketurunan Hokkian, bagaimana menyampai maksud "tidak betul" dalam bahasa mereka. Aku percayai kebanykan mereka tidak dapat menjawab soalan ini, tanpa meminjam perkataan "Salah" dari Bahasa Melayu.

Inilah Bahasa kita yang perlulah diikitrafkan sebagai tanda bangsa Malaysia, bukan soal lagi keturunan. Banyak kawan yang kagum akan mereka yang fasir Bahasa lain seperti Bahasa Inggeris (yang paling umum), Bahasa Perancis, Bahasa Belanda dan sebagainya, seolah-olah menandakan mereka mempunyai taraf yang lebih tinggi. Bagi pendapatan aku, terlebih dahulu seseorang itu perlu fasir Bahasa ibunda mereka sendiri, Bahasa yang digunakan dalam pertuturan harian bersama keluarga, terutamanya yang boleh bertutur lancar dengan orang tua (nenek atau datuk) dalam keluarga. Apa jua Bahasa lain hanyalah tambahan, yang juga penting bagi berutus / bertutur dengan orang-orang setempat. Aku nampak kebanyakan keluarga hari ini cuba 'melatih' anak-anak mereka semanjak kecil lagi, untuk bertutur dalam Bahasa 'asing', iaitu Bahasa Inggeris. Tujuan mereka semangnya baik, tetapi telah sikit keterlaluan. Ini bukan sahaja menghapuskan niat anak-anak mereka untuk mengenali suku-kaum atau keturunan mereka, malah menambah keinginan bagi 'menjadi' seorang yang 'asing' bagi suku kaum sendiri. Aku bersyukur kerana dapat mempelajari ketiga-tiga Bahasa, selain bertutur, malahan berutus dan mengarang.

Aku dari sekolah rendah jenis Tiong Hua, lalu masuk sekolah menengah kebangsaan untuk mempelajari Bahasa Melaysia, dan lepas itu mengaji tinggi di Australia bagi menguasai Bahasa Inggeris. Walaupun begitu, sebagai Anak Sarawak, aku juga ingin belajar akan Bahasa Sarawak (Bumiputera Sarawak) yang sememangnya unik, malahan ia telah kian hari kian hilang keamatannya. :) Itu sebabnya aku mainkan lagu "Puteri Santubong" dalam halaman blog ini, untuk mengingati asal-usul aku dari Sarawak.

Sampai sinilah persoalan aku tentang Bahasa, harap kau yang memahami maksud aku dapat menyetujui pandanganku. Janganlah menghilangkan akar / asal-unsur kau yang lebih penting daripada apa yang telah kau hilang. Suatu hari nanti, seseorang itu akan berasa kesal akan hilang identiti meraka, sampai dimarahi orang-orang besar~ :)

Kita Anak Malaysia~

留言

熱門文章